Khamis, 20 Jun 2013

Bayam goreng a.k.a Salutan Tepung


Bahan-Bahan:-

sayur bayam
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
lada hitam secubit garam
air secukupnya

Cara-Cara :-

  • satukan tepung gandum, tepung beras, lada hitam dan garam.
  • bancuh tepung mcm bancuh tepung untuk mengoreng pisang. (jangan terlalu pekat)
  • simpan 10 minit dalam peti ais.
  • celupkan bayam dan goreng garing..

Ahad, 26 Mei 2013

Ikan JeLawaT MaSak SingganG


Bahan-bahan :-

  • 1 ekor ikan jelawat dipotong saiz kecil
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai-ketuk
  • *5gm kunyit hidup
  • *10gm halia
  • 2 keping asam keping
  • 30ml cili boh
  • Gula dan garam
  • daun kesum sebagai tambahan
  • 1 biji tomato dibelah 4

Cara-cara :-

  1. Masukkan tiga cawan air ke dalam periuk.Kemudian masukkan asam keping.
  2. Selepas itu masukkan *bahan yang diblendkan*
  3. Kemudian masukkan pula cili boh,kacau hingga sebati.
  4. Apabila mendidih,masukkan pula ikan.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan sehingga ikan masak.
  5. akhir sekali masukkan tomato dan daun kesum

KaRi DagiNg VeRsi MaMaK


Bahan-bahan :-

  • Sebiji tomato- dibelah empat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air
  • Garam dan bahan perasa
  • Beberapa sudu santan - jika suka
  • 2biji kentang
  • 1biji lobak merah (dipotong saiz kecil)
  • daging

Bahan tumisan: 
  • 2 labu bawang besar - sebiji ditumbuk dan sebiji lagi dihiris kasar
  • 4 ulas bawang putih - dua ulas ditumbuk dan dua ulas lagi dihiris
  • 1/4 sudu jintan manis, jintan putih dan halba
  • 1/2 sudu cili kisar / serbuk cili - jika suka lebih pedas
  • Setengah paket kecil rempah kari ikan - 
  • Beberapa helai daun kari

Cara menyediakannya:
1. Panaskan sesenduk minyak dan tumis jintan manis, jintan putih dan halba. Setelah naik bau, masukkan bawang yang ditumbuk serta daun kari dan masak hingga layu. Masukkan cili jika suka. 
2. Setelah itu, masukkan bawang yang dihiris dan serbuk kari ikan. Kacau rata kemudian masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Setelah itu, masukkan kepingan daging dan kentang,lobak merah biarkan masak.Jika suka, masukkan beberapa sudu santan untuk rasa yang lebih lemak. Masukkan garam dan perasa, 
4. Akhir sekali, setelah kari hampir pekat, masukkan tomato . Masak kira-kira 2 minit dan tutup api.

Agar-Agar RoTi


Bahan-bahan :-

1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :-

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.




MaSak LemaK CiLi Api Ikan JeLawaT


Bahan-bahan :-

1-2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
*1 labu bawang besar
*1-2 inci kunyit hidup
*10tangkai cili padi
*1 biji cili merah
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1ekor ikan jelawat dipotong saiz kecil
daun kesum/daun selasih
1batang serai (diketuk)
1biji tomato (potong kecil)

Cara-cara :-

bland semua bahan *....masukkan bahan yg dibland dalam periuk bersama serai dan  asam keping.tmbahkan garam dan pati santan..masak sekejap dan masukkan ikan jelawat...akhir sekali masukkan daun kesum/daun selasih dan buah tomato 



Sabtu, 25 Mei 2013

Ayam MenTega RanGup


Bahan-bahan :-

2 keping dada ayam - dihiris
2 tangkai daun kari - dihiris
4 biji cili padi - dicincang halus
1 batang lada merah - dihiris halus

60 gm mentega ( Boleh di tambah lagi untuk salutan kuah yang lebih banyak)
1 biji bawang besar - dicincang
Tepung jagung secukupnya - untuk salut ayam 
Minyak untuk menggoreng
1 sudu besar madu (atau sedikit gula)

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
2 sudu kecil gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Ayam di gaul bersama bahan2 perap dan perap selama 20 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Salut ayam tadi dengan tepung jagung dan goreng terendam dengan minyak agar ayam masak sekata. Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi serta cili merah. Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan madu. Gaul sebati. Angkat dan hidang.


Apam PoLKaDoT


Bahan-bahan :-

3 biji telur 
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar/ susu cair)
1 sk ovellet
1 sk esen vanilla
3 sk baking powder
Filling bluberry
Beberapa pewarna yang disukai

Cara-cara :-

1- Masukkan semua bahan apam ke dalam mixer dan putar dengan medium speed selama 6-8 min.
2- Bahagikan mengikut jumlah warna yang dikehendaki.
3- Masukkan ke dalam piping bag atau plastik yang bersih.
4- Kalau nak letak filling korang kena picit ½ adunan dulu then baru picit filling sikit ke dalam papercup yang disusun dalam acuan kuih lompang.
5- Kemudian baru picitkan sedikit filling, dan masukkan adunan hingga penuh(agak-agak jangan melimpah ruah sudahlah)
6- Dot-dot diatasnya dengan warna pilihan.
7- Kukus selama 10-15 min.

Apam TepuNg BeRas


Bahan-bahan :-

2 cwn nasi
 2 cwn tepung gandum
 2 cwn tepung beras
 1 cwn brown sugar
 3/4 cwn gula
 2 1/2 cwn air
 1 sudu kecil yis (mauripan)
 kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara :-

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm  loyang dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..



kEk CokLaT kUkUs


Bahan- bahan :-

A
100gm serbuk koko
250gm gula kastor
1cawan susu segar
200gm minyak sayuran
250gm susu pekat

B
4biji telur saiz(A)

C
200gm tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder

Cara-cara :-

1. masukkan kesemua bahan A dan C, gaul sehingga rata
2.pukul bahagian B dalam mangkuk yang berasingan
3.campurkan bahan B kedalam bahan A dan C, gaul sehingga rata
4.setelah rata adunannya,bolehlah masuk kedalam loyang beserta dengan griss majerin dengan kertas minyak
5.kukus selama 1jam

nota:
sebelum memulakan sesi mengadun pastikan bahan C diayak terlebih dahulu

Jumaat, 24 Mei 2013

KeK AppLe PasTe HorLick chEess


Bahan-bahan :-

250g mentega berkualiti tinggi
100 gm horlick
6 biji telur gred A 
1 gelas gula (150g)
1- gelas tepung gandum 
2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar pandan paste

Adunan Hijau:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih.
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.

Lapisan Keju :
600g krim keju (pada suhu bilik)
2 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
4 sudu makan tepung gandum

Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

CARA MENGUKUS :-
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan Keju. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan keju sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.







Pau Ayam


Bahan-bahan :-

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak - tepung gandum pun boleh
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor 
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 

Cara-cara:-

1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula & bread softener didalam mangkuk adunan
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit
3. Masukkan lemak sayuran - uli lagi sehingga doh tidak melekat@licin
 *Jika menggunakan BREAD MAKER - masukkan mengikut turutan, iaitu air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener & lemak sayuran - kemudian pilih menu dough & tekan start
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. 
*Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam) 
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian & letakkan inti - tutup kemas
6. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") & susun didalam pengukus - saya sapukan kertas dgn sedikit shortening Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
7.  Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit. 
p/s = Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
* untuk proses menguli doh diatas.. saya guna cara manual ye.. iaitu menguli guna tgn 
 *untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan - saya gunakan inti seperti resepi dibawah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga.. korang boleh lah guna apa2 inti yg korang suka ya..

Inti Ayam :-

A
300gm isi ayam di potong kecil
1/2 biji sengkuang (di hiris)
6 cendawan shitake kering  (di rendam dan di hiris)
2 pokok daun bawang  (di hiris)
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
1 sk gula
1 biji bawang besar ( di potong kuib)
1 sb tepung kanji
1 sk lada sulah
1 sk minyak sesame

B

1 sk halia cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sb minyak masak 

C
2 biji telur rebus - sebiji potong 4

Cara-cara inti ayam :-

1. Gaul semua bahan A dan di biar 1/2jam
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan B hingga wangi
3. Masukan bahan A dan di goreng hingga masak
4. Di biar sejuk.






Kek GuLa HaNguS


Bahan-bahan :-

125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara :-

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang  yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.



KenTaNg PuTar


Bahan-bahan :-

6 bj kentang saiz besar
2 smkn mentega/butter
5 sbsr susu segar
garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara :-
-rebus kentang sampai empuk-toskan
untuk memudahkan proses melenyek, lenyek semasa masih panas.
-masukkan susu dan mentega-gaulkan
-masukkan garam dan serbuk lada hitam
*untuk lebih sedap, tambahkan wipping krim.

Sos Kentang Putar :-

700ml air
21/2 ketul stok ayam
1bj bawang besar(dadu halus@cincang)
1 btg saderi-cincang
40gm butter
30-40gm t gandum
1 sbsr sos tomato
1 sbsr sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
beberapa titik kicap pekat (untuk warna)
garam*jgn masuk dulu, rasa dulu baru boleh/tidak tambah.

Cara-cara :-

-masak air dgn stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih
renehkan dlm 10 minit dan tapis-ketepikan
-cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata 
-tuangkan air rebusan tadi sedikit2 sambil kacau 
-masukkan sos tiram, sos tomato dan beberapa titik kicap pekat untuk warna yg menarik.
juga masukkan serbuk lada hitam. rasa, jika kurang garam baru ditambah. sebab stok ayam pun dah masin.
-masak ikut kepekatan yg kita suka

Acar Buah


Bahan-bahan :-

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus 
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.



Popiah BaSah


Bahan-bahan inti :-

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya

Cara-cara :-

1.blend bawang besar,  bawang putih, udang kering
2. panas kan minyak dan masukkan bahan yang di blendkan
3. kemudian masukkan sos tiram, dan sedikit garam
4.akhir sekali masukkan sayuran dan masak hingga layu

Bahan untuk sambal :-

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis 
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara :-

1. blend bawang besar, bawang putih, dan cili kering
2. kemudian panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan yang di blendkan 
3. Apabila sambal mulai garing masukkan kicap, gula perang dan sedikit perasa,garam