Bahan-bahan :-
- 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak - tepung gandum pun boleh
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
- 2g (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:-
1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula & bread softener didalam mangkuk adunan
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit
3. Masukkan lemak sayuran - uli lagi sehingga doh tidak melekat@licin
*Jika menggunakan BREAD MAKER - masukkan mengikut turutan, iaitu air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener & lemak sayuran - kemudian pilih menu dough & tekan start
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
*Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian & letakkan inti - tutup kemas
6. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") & susun didalam pengukus - saya sapukan kertas dgn sedikit shortening - Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
7. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
p/s = Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
* untuk proses menguli doh diatas.. saya guna cara manual ye.. iaitu menguli guna tgn
*untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan - saya gunakan inti seperti resepi dibawah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga.. korang boleh lah guna apa2 inti yg korang suka ya..
Inti Ayam :-
A
300gm isi ayam di potong kecil
1/2 biji sengkuang (di hiris)
6 cendawan shitake kering (di rendam dan di hiris)
2 pokok daun bawang (di hiris)
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
1 sk gula
1 biji bawang besar ( di potong kuib)
1 sb tepung kanji
1 sk lada sulah
1 sk minyak sesame
B
1 sk halia cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sb minyak masak
C
2 biji telur rebus - sebiji potong 4
Cara-cara inti ayam :-
1. Gaul semua bahan A dan di biar 1/2jam
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan B hingga wangi
3. Masukan bahan A dan di goreng hingga masak
4. Di biar sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan